Senarai Kursus
Memaparkan 1-5 daripada 5 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Penerangan Kursus |
|---|---|---|---|
| 1 | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | 338 | Kursus ini adalah program penuh (NOSS), mengikut tahap tidak berperuntukan A016-004-3:2024. Mendedahkan para peserta kepada pekerjaan mencakupi penyediaan kawasan tanaman, semaian tanaman, penanaman bahan tanaman, penyelenggaraan tanaman, kawalan perosak dan penyakit tanaman, kendalian hasil tanaman, penyelenggaraan ladang tanaman, penyeliaan operasi pengeluaran tanaman dan pengeluaran baja organik dan kompos. |
| 2 | OPERASI PENGELUARAN PADI | 163 | Kursus ini adalah kursus tidak berperuntukan dan menawarkan persijilan tahap penuh mengikut tahap A011-002-2:2022. Peserta didedahkan pada skop aktiviti penyediaan tapak sawah, penanaman anak benih, aktiviti penanaman padi dan penyelenggaraan mekanisasi ladang. |
| 3 | PENGELUARAN MAKANAN (PEMPROSESAN) | 338 | Kursus ini adalah kursus program penuh (NOSS) tidak berperuntukan C107-002-3:2020. Peserta didedahkan dengan skop latihan pemprosesan dan penilaian yang mencakupi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap, serta keselamatan dan persekitaran. |
| 4 | OPERASI LADANG POLTRI | 338 | Kursus ini adalah program penuh (NOSS) tidak berperuntukan A104-006-3:2022. Modul kursus direka untuk memastikan sistem rantaian makanan negara dapat mendepani cararan sekuriti makanan. Peserta bertanggungjawab secara langsung kepada pelaksanaan operasi ladang poltri yang merangkumi penternakan, penjagaan dan pengeluaran hasil ladang poltri. Latihan ditumpukan kepada beberapa aspek utama seperti aspek pengetahuan teknikal dan latihan amali di ladang serta aspek kompetensi / keterampilan. |
| 5 | PENGENDALIAN TANAMAN CENDAWAN (TANAH RENDAH) | 338 | Kursus ini adalah program penuh (NOSS) tidak berperuntukan AF-013-3:2012. Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada penyediaan rumah cendawan, penyediaan beg media, pengurusan benih cendawan, pascatuai, penjagaan ladang dan pembuangan sisa ladang cendawan, pemasaran dan jualan serta penghasilan produk hiliran. |

