Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 1-1 daripada 1 item.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPenerangan Kursus
 
1Beauty Therapy 5Kursus Beauty Services direka untuk melatih peserta menjadi ahli terapi kecantikan yang berkemahiran, profesional dan memenuhi kehendak industri kecantikan. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan amali mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Sepanjang kursus, peserta akan mempelajari asas kebersihan dan keselamatan, komunikasi dengan pelanggan, analisis kulit, rawatan facial manual dan menggunakan mesin facial, solekan siang dan malam, penjagaan mata, manicure, pedicure serta etika kerja profesional.
Latihan dijalankan secara teori dan amali di pusat latihan serta latihan berasaskan pekerjaan (SLDN) bagi memastikan peserta memperoleh pengalaman sebenar dalam industri. Setelah tamat kursus, peserta berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mempunyai kemahiran untuk bekerja atau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang kecantikan.
Hasil Pembelajaran:
Mengamalkan prosedur keselamatan dan kebersihan.
Melaksanakan konsultasi pelanggan dengan betul.
Menjalankan rawatan facial manual dan menggunakan peralatan elektrik facial.
Melakukan solekan profesional.
Menjalankan rawatan manicure dan pedicure.
Memberikan perkhidmatan kecantikan mengikut standard industri.