JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014]
Kod CUAF-016-3:2014-C13
CompetencyCore
Tajuk CUPENGELUARAN BENIH NANAS
Penerangan CUPengeluaran benih nanas adalah proses menuai benih dari pokok induk menggunakan kaedah yang tepat tanpa mencederakan benih dan dibawa keluar dari ladang ke pusat pengumpulan untuk diasingkan mengikut saiz serta dirawat.

Seseorang yang terlibat di dalam pengeluaran benih nanas mesti berkemahiran untuk kenalpasti saiz benih yang sesuai, lakukan kerja menuai benih, kumpul benih mengikut saiz dan rawat benih.

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan benih yang dituai sihat, mengikut saiz yang sesuai dan sedia untuk digunakan atau dijual.
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranKakitangan yang mahir dalam pengeluaran benih nanas ini boleh memastikan benih yang dituai sihat, mengikut saiz yang sesuai dan sedia untuk digunakan atau dijual. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:
• Kenalpasti saiz benih yang sesuai
• Lakukan kerja menuai benih
• Kumpul benih mengikut saiz
• Rawat benih
Pra-Syarat0