JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014]
Kod CUAF-016-3:2014-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN NANAS
Penerangan CUPenyediaan kawasan tanaman nanas adalah satu proses penyediaan tapak tanaman mengikut keperluan sistem tanaman.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan tanaman nanas mesti berkemahiran untuk memilih kawasan tanaman, mengambil sampel tanah, mengukur keluasan tapak, membersihkan tapak tanaman, menyelenggara infrastruktur ladang dan kemudahan asas dan melakukan kerja membajak, menggembur dan membatas tapak tanaman (tanah mineral sahaja).

Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk menyediakan kawasan penanaman nanas yang mampu menghasilkan tanaman dan hasil nanas yang berkualiti.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranKakitangan yang mahir dalam penyediaan kawasan tanaman nanas ini boleh menyediakan kawasan penanaman nanas yang mampu menghasilkan tanaman dan hasil nanas yang berkualiti. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:
• Pilih kawasan tanaman
• Ambil sampel tanah
• Ukur keluasan tapak
• Bersihkan tapak tanaman
• selenggara infrastruktur ladang kemudahan asas
• Bajak, gembur dan membuat batas tapak tanaman (tanah mineral sahaja)
Pra-Syarat0