JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUJUALAN DAN PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN
Penerangan CUJualan dan Pemasaran Produk & Servis adalah set aktiviti yang melibatkan penjualan dan promosi produk dan servis berkaitan madu lebah yang menggunakan strategi jualan & pemasaran bagi mencapai unjuran dan sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mengenalpasti pelanggan baru dan sedia ada, mengumpul maklumat dan data berkaitan pasaran produk & servis, menghasilkan pelan jualan dan pemasaran, melakukan aktiviti jualan dan pemasaran dan menilai keberkesanan strategi jualan dan pemasaran.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam melaksanakan aktiviti dan strategi jualan dan pemasaran bagi mencapai sasaran jualan dan memaksimakan nilai pulangan pelaburan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranJualan dan Pemasaran Produk & Servis adalah set aktiviti yang melibatkan penjualan dan promosi produk dan servis berkaitan madu lebah yang menggunakan strategi jualan & pemasaran bagi mencapai unjuran dan sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
• Kenalpasti pelanggan baru dan sedia ada
• Kumpul maklumat dan data berkaitan pasaran produk & servis
• Hasilkan pelan jualan dan pemasaran
• Lakukan activiti jualan dan pemasaran
• Nilai keberkesanan strategi jualan dan pemasaran
Pra-Syarat0