JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C09
CompetencyCore
Tajuk CUFUNGSI PENYELIAAN
Penerangan CUFungsi penyeliaan adalah proses kerja bagi melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan penguatkuasaan peraturan dan prosedur. Unit kompetensi ini menggariskan skop kerja penyelia sepertimana yang dinyatakan dalam deskripsi tugas yang dikeluarkan syarikat.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mengawal disiplin pekerja, melakukan semakan inventori dan penyimpanan peralatan dan bahan mentah, menyediakan jadual kerja ladang, melakukan pemantauan kerja, mengendalikan latihan dalaman, melakukan taklimat kerja, menyelia penilaian prestasi kerja kakitangan dan menyediakan bajet operasi.

Hasil dari unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk memahami dan melaksanakan tugas-tugas penyeliaan dalam menyokong operasi ladang lebah madu.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranFungsi penyeliaan adalah proses kerja bagi melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan penguatkuasaan peraturan dan prosedur. Unit kompetensi ini menggariskan skop kerja penyelia sepertimana yang dinyatakan dalam deskripsi tugas yang dikeluarkan syarikat. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
• Kawal Displin Pekerja
• Lakukan semakan inventori dan penyimpanan peralatan dan bahan mentah
• Sediakan Jadual Kerja Ladang
• Lakukan Pemantauan Kerja
• Kendali Latihan Dalaman
• Lakukan Taklimat Kerja
• Selia Penilaian Prestasi Kerja Kakitangan
• Sediakan Bajet Operasi
Pra-Syarat0