JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENUAIAN & PENGUMPULAN PRODUK
Penerangan CUPenuaian & pengumpulan produk adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja penuaian & pengumpulan hasil/ produk lebah madu mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk melakukan kerja menanda haif yang mengandungi madu yang matang, melakukan kerja menuai produk lebah, melakukan aktiviti penapisan dan pengredan kualiti madu lebah dan melakukan aktiviti mengumpul produk lebah.

Hasil dari unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk memahami dan melaksanakan aktiviti menuai & mengumpul madu lebah, mengenalpasti & menanda haif yang sedia untuk dituai dan menapis & menggred kualiti madu lebah.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranPenuaian & pengumpulan produk adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja penuaian & pengumpulan hasil/ produk lebah madu mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Lakukan Kerja Menanda Haif Yang Mengandungi Madu Yang Matang
• Lakukan Kerja Menuai Produk Lebah
• Lakukan Aktiviti Penapisan Dan Pengredan Kualiti Madu Lebah
• Lakukan Aktiviti Mengumpul Produk Lebah
Pra-Syarat0