JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN OPERASI LADANG LEBAH MADU
Penerangan CUPemantauan operasi ladang lebah madu adalah kemahiran untuk melakukan, mengawal dan menyelia kerja-kerja perladangan lebah madu mengikut prosedur standard pengoperasian dan amalan perladangan yang baik.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk melakukan pemantauan sumber makanan, melakukan pemantauan sumber perosak dan penyakit, melakukan penyelenggaraan haif secara berkala dan merekod aktiviti pemantauan operasi ladang lebah madu.

Hasil dari unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk memahami dan melaksanakan tugas-tugas operasi perladangan lebah madu.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranPemantauan operasi ladang lebah madu adalah kemahiran untuk melakukan, mengawal dan menyelia kerja-kerja perladangan lebah madu mengikut prosedur standard pengoperasian dan amalan perladangan yang baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :-
• Lakukan pemantauan sumber makanan
• Lakukan pemantauan sumber perosak dan penyakit
• Lakukan aktiviti pemindahan haif berkala (migratory bee keeping)
• Lakukan penyelenggaraan haif secara berkala
• Rekod aktiviiti pemantauan operasi
Pra-Syarat0