JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KOLONI LEBAH
Penerangan CUPengurusan koloni lebah adalah kemahiran untuk memantau dan menyelia keseluruhan aspek dalam koloni lebah mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mengenalpasti keperluan kerja pengurusan koloni lebah, memeriksa prestasi ratu, memeriksa sumber makanan dalam koloni, memeriksa makhluk perosak dan penyakit, memeriksa keadaan kom (comb), memeriksa kehadiran sel ratu dan merekod dan laporkan hasil kerja pengurusan koloni.

Hasil unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk memeriksa prestasi ratu, sumber makanan, serangan makhluk perosak & penyakit, keadaan kom dan kehadiran sel ratu bagi memastikan koloni lebah diuruskan secara berkesan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranPengurusan koloni lebah adalah kemahiran untuk memantau dan menyelia keseluruhan aspek dalam koloni lebah mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenalpasti keperluan kerja pengurusan koloni lebah
• Periksa prestasi ratu
• Periksa sumber makanan dalam koloni
• Periksa makhluk perosak dan penyakit
• Periksa keadaan kom (comb)
• Periksa kehadiran sel ratu
• Rekod dan laporkan hasil kerja pengurusan koloni
Pra-Syarat0