JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN RATU DAN KOLONI
Penerangan CUPenyediaan ratu dan koloni adalah kemahiran untuk menghasilkan ratu dan koloni yang berkualiti mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mengenalpasti koloni lebah, menentukan koloni yang sesuai untuk penyediaan ratu, mengenalpasti bahan dan peralatan untuk penyediaan ratu, melakukan kerja pemeliharaan ratu, menyediakan koloni untuk menempatkan ratu yang baru, mengenalpasti kawasan pengawanan ratu dan merekod dan laporkan hasil kerja penyediaan ratu.

Hasil dari unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk memahami anatomi, perilaku dan aspek sosiologi lebah madu supaya kerja-kerja penyediaan ratu dan koloni dapat dilakukan dengan baik.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranPenyediaan ratu dan koloni adalah kemahiran untuk menghasilkan ratu dan koloni yang berkualiti mengikut prosedur dan amalan perladangan yang baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Kenalpasti koloni lebah
• Tentukan koloni yang sesuai untuk penyediaan ratu
• Kenalpasti bahan dan peralatan untuk penyediaan ratu
• Lakukan kerja pemeliharaan ratu
• Sediakan koloni untuk menempatkan ratu yang baru
• Kenalpasti kawasan pengawanan ratu
• Rekod dan laporkan hasil kerja penyediaan ratu
Pra-Syarat0