JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014]
Kod CUAF-017-3:2014-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBINAAN HAIF
Penerangan CUPembinaan haif adalah kemahiran untuk membina rumah/sarang lebah madu dan memasang lilin landasan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan.

Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mendapatkan senarai semak keperluan pembinaan haif, mengenalpasti keperluan pembinaan haif dan peralatan berkaitan, menyediakan permohonan mendapatkan bahan dan peralatan, membina haif dan kelengkapannya, melakukan pemasangan lilin landasan dan melaporkan aktiviti pembinaan haif

Hasil dari unit kompetensi ini membolehkan perantis untuk membina haif dan memasang lilin landasan yang berkualiti supaya keselamatan dan kesihatan koloni terjamin.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranPembinaan haif adalah kemahiran untuk membina rumah/sarang lebah madu dan memasang lilin landasan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Dapatkan senarai semak keperluan pembinaan haif
• Kenalpasti keperluan pembinaan haif dan peralatan berkaitan
• Sediakan permohonan mendapatkan bahan dan peralatan
• Bina haif dan kelengkapannya
• Lakukan pemasangan lilin landasan
• Laporkan aktiviti pembinaan haif
Pra-Syarat0