JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C010
CompetencyCore
Tajuk CUFUNGSI PENYELIAAN
Penerangan CUFungsi penyeliaan ialah satu aktiviti menyelia dan mengurus kakitangan bawahan secara teratur supaya mereka dapat bekerja dengan cekap dan bermotivasi bagi membantu majikan/pengusaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Mereka yang kompeten dalam fungsi penyeliaan mesti boleh kenalpasti tujuan dan perundangan berkaitan pentadbiran ladang rumpai laut, dapatkan maklumat dan borang berkaitan pentadbiran ladang rumpai laut, koordinasi penilaian prestasi kakitangan, laksanakan latihan dalaman, laksanakan mesyuarat unit dan laporkan aktiviti pentadbiran ladang rumpai laut

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat mengetuai dan mengendalikan kakitangan bawahan bagi membantu syarikat mencapai matlamat organisasi.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranFungsi penyeliaan ialah aktiviti kerja pentadbiran yang melibatkan perjalanan operasi ladang rumpai laut. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti tujuan dan perundangan berkaitan pentadbiran ladang rumpai laut
• Dapatkan maklumat dan borang berkaitan pentadbiran ladang rumpai laut
• Koordinasi penilaian prestasi kakitangan
• Laksanakan latihan dalaman
• Laksanakan mesyuarat unit
• Laporkan aktiviti pentadbiran ladang rumpai laut
Pra-Syarat0