JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C09
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN ASET & STOK LADANG
Penerangan CUPenyelenggaraan aset & stok ladang ialah satu aktiviti mengendali dan menyelia kemudahan aset & stok ladang supaya asset & stok ladang rumpai laut sentiasa didalam keadaan baik, mencukupi dan dapat beroperasi dengan sempurna.

Mereka yang kompeten dalam penyelenggaraan aset & stok ladang mesti boleh buat permohonan perolehan aset & stok ladang, uruskan penerimaan dan pengagihan/pengeluaran perolehan aset & stok ladang, urus penyelenggaraan aset & stok ladang, koordinasi aktiviti audit dan pelupusan aset & stok ladang

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyenggara aset dan stok ladang rumpai laut menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan318
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menyenggara aset dan stok ladang rumpai laut mengikut kriteria dan tatacara yang telah ditetapkan dalam industri ini. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Buat permohonan perolehan aset & stok ladang
• Uruskan penerimaan perolehan aset & stok ladang
• Uruskan pengagihan/ pengeluaran aset & stok ladang
• Urus penyelenggaraan aset & stok ladang
• Koordinasi aktiviti audit aset & stok ladang
• Koordinasi pelupusan aset & stok ladang.
Pra-Syarat0