JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENYENGGARAAN LADANG RUMPAI LAUT
Penerangan CUPenyenggaraan ladang rumpai laut ialah satu aktiviti pengawasan dan penambahbaikkan terhadap perairan, tanaman, aset dan peralatan ladang rumpai laut bagi memastikan ladang rumpai laut sentiasa didalam keadaan baik dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Mereka yang kompeten dalam penyenggaraan ladang rumpai laut mesti boleh kenalpasti kriteria penyenggaraan ladang rumpai laut, sediakan peralatan penyenggaraan ladang rumpai laut, periksa kondisi ladang rumpai laut, senggara ladang rumpai laut dan sediakan laporan senggaraan ladang rumpai laut

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyenggara kawasan ladang rumpai laut menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menyenggara kawasan ladang rumpai laut menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti kriteria penyenggaraan ladang rumpai laut
• Sediakan peralatan penyenggaraan ladang rumpai laut
• Periksa kondisi ladang rumpai laut
• Senggara ladang rumpai laut
• Sediakan laporan senggaraan ladang rumpai laut
Pra-Syarat0