JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGKULTURAN RUMPAI LAUT DENGAN KAEDAH TRADISIONAL
Penerangan CUPengkulturan rumpai laut dengan kaedah tradisional ialah satu proses penyediaan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah tradisional.

Mereka yang kompeten dalam pengkulturan rumpai laut dengan kaedah tradisional mesti boleh laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut, sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih, potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki, ikat benih/bibit rumpai laut dengan kaedah tradisional dan laksanakan penamanan benih/bibit rumpai diladang mengikut kaedah tradisional.

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyediakan tanaman rumpai laut dari pemulaan memilih benih/bibit sehinggalah kepada pengendalian rumpai laut yang siap sedia untuk dituai.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menyediakan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah tradisional. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut
• Sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih
• Potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki (100 - 300gm)
• Ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah over hand knot
• Laksanakan penanaman benih/bibit rumpai di ladang
mengikut kaedah tradisional
Pra-Syarat0