JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGKULTURAN RUMPAI LAUT DENGAN KAEDAH ECO FRIENDLY TIE-TIE
Penerangan CUPenyediaan benih/bibit penanaman rumpai laut dengan kaedah Eco Friendly Tie-Tie pengkulturan rumpai laut ialah satu proses penyediaan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah Eco Friendly Tie-Tie.

Mereka yang kompeten dalam pengkulturan rumpai laut dengan kaedah Eco Friendly Tie-Tie mesti boleh laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut, sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih, potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki, ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah penanaman Eco Friendly Tie-Tie dipelantar dan tanam/ikat benih/bibit rumpai diladang.

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyediakan tanaman rumpai laut dari pemulaan memilih benih/bibit sehinggalah kepada pengendalian rumpai laut yang siap sedia untuk dituai.
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini boleh menyediakan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut dengan menggunakan kaedah Eco Friendly Tie-Tie. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut seperti jenis (Kappaphycus, Eucheuma), umur, kesihatan
• Sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih
• Potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki (100 - 300gm)
• Ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah penanaman Eco Friendly Tie-Tie dipelantar
• Tanam/ikat benih/bibit rumpai di ladang
Pra-Syarat0