JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN TAPAK LADANG RUMPAI LAUT
Penerangan CUPenyediaan tapak ladang rumpai laut ialah aktiviti menyediakan tapak ladang samaada mengikut kaedah Eco Friendly Tie-Tie atau konvensional. Tapak ladang yang disediakan mestilah mengambilkira peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Mereka yang kompeten dalam penyediaan tapak ladang rumpai laut mesti boleh kenalpasti keperluan penyediaan tapak ladang rumpai laut, tandakan plot/block kawasan penanaman, pasang sistem sauh dan tandakan laluan utama bot keluar masuk

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten akan dapat menyediakan kawasan tapak ladang rumpai laut menepati spesifikasi yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menyediakan kawasan tapak ladang rumpai laut dan menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti keperluan penyediaan tapak ladang rumpai laut
• Tandakan plot/block kawasan penanaman
• Pasang sistem sauh
• Tandakan laluan utama bot keluar masuk
Pra-Syarat0