JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014]
Kod CUAF-019-3:2014-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN PRASARANA LADANG
Penerangan CUPenyediaan Prasarana Ladang ialah satu aktiviti yang perlu dilakukan bagi menyusun dan menyediakan prasarana ladang mengikut lukisan susunatur ladang pelan besar (master plan) yang telah disediakan. Aktiviti ini akan mengambil masa dan memerlukan perancangan yang teliti kerana sebarang perubahan akan meningkatkan kos kepada majikan/pengusaha.

Mereka yang kompeten dalam penyediaan prasarana ladang mesti boleh menterjemahkan lukisan master plan pembangunan ladang, selaraskan kerja-kerja penyediaan prasarana ladang dan laporkan status kerja-kerja prasarana ladang.

Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat memantau pembangunan infrastruktur ladang yang berkualiti dan menepati spesifikasi yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan108
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh memantau pembangunan infrastruktur ladang yang berkualiti dan menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-:
• Terjemahkan lukisan master plan pembangunan ladang
• Selaraskan kerja-kerja penyediaan prasarana ladang
• Laporkan status kerja-kerja prasarana ladang
Pra-Syarat0