JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012]
Kod CUSS-203-3:2012-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUJUALAN DAN PEMASARAN KERIS & PARANG
Penerangan CUJualan dan pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam jualan dan pemasaran keris & parang ini adalah; rancang aktiviti jualan & pemasaran keris & parang, jalankan aktiviti jualan & pemasaran keris & parang dan nilai keberkesanan aktiviti jualan & pemasaran keris & parang.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh memasarkan produk keris & parang mengikut permintaan pasaran.
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menjalankan jualan dan pemasaran keris & parang yang
memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan jualan dan pemasaran keris & parang yang baik. Apabila
selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
Rancang aktiviti jualan dan pemasaran keris & parang
Jalankan aktiviti jualan dan pemasaran keris & parang
Nilai keberkesanan aktiviti jualan dan pemasaran keris & parang
Pra-Syarat0