JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012]
Kod CUSS-203-3:2012-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN HULU DAN SARUNG
Penerangan CUPembuatan hulu dan sarung mestilah mengikut bentuk mata / bilah keris & parang.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan hulu dan sarung ini adalah; sediakan peralatan & bahan pembuatan hulu dan sarung, potong kayu mengikut ukuran dan rekabentuk hulu dan sarung, hasilkan hulu, hasilkan sampir, hasilkan batang serunai, hasilkan buntut / tapak kasut / tapuk, cantumkan komponen sarung keris & parang, jalankan kerja-kerja kemasan dan periksa kualiti hulu dan sarung.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan hulu dan sarung yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Hulu dan sarung yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan hulu dan sarung yang baik.

Tempoh Latihan480
Objektif PembelajaranKakitangan yang kompeten didalam CU ini akan boleh menghasilkan hulu dan sarung yang memenuhi kepuasan
pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan hulu dan sarung yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
Sediakan peralatan & bahan pembuatan hulu dan sarung
Potong kayu mengikut ukuran dan rekabentuk hulu dan sarung
Hasilkan hulu
Hasilkan sampir
Hasilkan batang serunai
Hasilkan buntut / tapak kasut / tapuk
Cantumkan komponen sarung keris & parang
Jalankan kerja-kerja kemasan
Periksa kualiti hulu dan sarung
Pra-Syarat0