JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012]
Kod CUSS-203-3:2012-C01
CompetencyCore
Tajuk CUREKABENTUK KERIS & PARANG
Penerangan CUReka bentuk produk keris & parang adalah proses mewujudkan rekabentuk produk yang akan dijual kepada pelanggan. Pereka produk keris & parang akan membangunkan idea, konsep, membuat lakaran seterusnya menghasilkan sampel rekabentuk produk baru.

Peranan pereka produk keris & parang ini adalah untuk menggabungkan seni, sains, dan teknologi bagi mencipta produk yang berbentuk artistik dan kebolehgunaan.

Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam rekabentuk keris & parang ini adalah; kaji permintaan pasaran dan pelanggan dan kaji kesesuaian bahan, hasilkan lukisan kejuteraan keris & parang, hasilkan rekabentuk keris & parang dan muktamadkan rekabentuk akhir keris & parang.

Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan rekabentuk keris & parang yang mengikut spesifikasi. Rekabentuk keris & parang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan keris & parang yang baik.
Tempoh Latihan192
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan rekabentuk keris & parang yang memenuhi
kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan keris & parang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan
boleh:-
Kaji permintaan pasaran dan pelanggan
Kaji kesesuaian bahan
Hasilkan lukisan kejuteraan keris & parang
Hasilkan rekabentuk keris & parang
Muktamadkan rekabentuk akhir keris & parang
Pra-Syarat0