JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramTERNAKAN IKAN HIASAN AIR TAWAR [A032-007-2:2023]
Kod CUA032-007-2:2023-C04
CompetencyCore
Tajuk CULaksana kawalan kesihatan dan musuh ternakan ikan hiasan air tawar.
Penerangan CULaksana kawalan kesihatan dan musuh ternakan ikan hiasan air tawar menerangkan keterampilan dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan ternakan air tawar dari patogen serta musuh dalaman dan luaran mengikut Amalan Akuakultur Baik.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan kawalan musuh ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan aktiviti pelupusan ternakan ikan hiasan air tawar dan lakukan aktiviti sanitasi tempat ternakan ikan hiasan air tawar.

Hasilan CU ini adalah ternakan ikan hiasan air tawar yang sihat serta selamat bagi memenuhi kehendak pasaran berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah ternakan ikan hiasan air tawar yang sihat serta selamat bagi memenuhi kehendak pasaran berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan kawalan musuh ternakan ikan hiasan air tawar.
2. Lakukan aktiviti pelupusan ternakan ikan hiasan air tawar.
3. Lakukan aktiviti sanitasi tempat ternakan ikan hiasan air tawar.
Pra-SyaratTidak Berkaitan