JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramTERNAKAN IKAN HIASAN AIR TAWAR [A032-007-2:2023]
Kod CUA032-007-2:2023-C01
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyediaan tempat ternakan ikan hiasan air tawar.
Penerangan CULaksana penyediaan tempat ternakan ikan hiasan air tawar menerangkan tentang keterampilan dalam proses dan keperluan bagi menyediakan tapak ternakan ikan hiasan air tawar mengikut rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pensampelan air tapak cadangan ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan pensampelan tanah tapak cadangan ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan pemasangan sistem ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan rawatan tempat ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan pembajaan tempat ternakan ikan hiasan air tawar dan lakukan pengisian air tempat ternakan ikan hiasan air tawar.

Hasilan CU ini adalah tempat ternakan ikan hiasan air tawar yang kondusif dilengkapi sistem ternakan yang berfungsi dengan baik serta selamat mengikut jenis spesies berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah tempat ternakan ikan hiasan air tawar yang kondusif dilengkapi sistem ternakan yang berfungsi dengan baik serta selamat mengikut jenis spesies berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pensampelan air tapak cadangan ternakan ikan hiasan air tawar.
2. Lakukan pensampelan tanah tapak cadangan ternakan ikan hiasan air tawar.
3. Lakukan pemasangan sistem ternakan ikan hiasan air tawar.
4. Lakukan rawatan tempat ternakan ikan hiasan air tawar.
5. Lakukan pembajaan tempat ternakan ikan hiasan air tawar.
6. Lakukan pengisian air tempat ternakan ikan hiasan air tawar.
Pra-SyaratTidak Berkaitan