JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramTERNAKAN IKAN HIASAN AIR TAWAR [A032-007-3:2023]
Kod CUA032-007-3:2023-C06
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pengoperasian sistem Internet of Things (IoT) ternakan ikan hiasan air tawar.
Penerangan CULaksana pengoperasian sistem Internet of Things (IoT) ternakan ikan hiasan air tawar menerangkan keterampilan dalam penggunaan peranti teknologi pemantauan secara berterusan aktiviti operasi dan kawalan keselamatan tempat ternakan bagi memenuhi keperluan rancangan operasi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pengoperasian sistem solar ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan pengoperasian IoT sistem mekanisasi dan kawalan parameter air ternakan ikan hiasan air tawar dan lakukan pengoperasian sistem keselamatan ternakan ikan hiasan air tawar.

Hasilan CU ini adalah kawalan pengoperasian dan pemantauan keselamatan tempat ternakan dapat dilakukan secara berterusan tanpa sempadan bagi memenuhi keperluan rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kawalan pengoperasian dan pemantauan keselamatan tempat ternakan dapat dilakukan secara berterusan tanpa sempadan bagi memenuhi keperluan rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pengoperasian sistem solar ternakan ikan hiasan air tawar.
2. Lakukan pengoperasian IoT sistem mekanisasi dan kawalan parameter air ternakan ikan hiasan air tawar.
3. Lakukan pengoperasian sistem keselamatan ternakan ikan hiasan air tawar.
Pra-SyaratTidak Berkaitan