JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C11
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYELIAAN OPERASI LADANG POLTRI
Penerangan CULaksana penyeliaan operasi ladang poltri menerangkan kemahiran yang meliputi pengurusan serta kebajikan pekerja dan pemantauan ladang ternakan mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) dan arahan pihak pengurusan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan jadual kerja harian pekerja ladang poltri, kawal stok inventori ladang poltri, pantau kebersihan ladang poltri, kawal operasi biosekuriti ladang poltri, kawalselia kebajikan pekerja ladang poltri dan pantau disiplin pekerja ladang poltri.

Hasilan CU ini adalah kerja-kerja pengendalian pentadbiran ladang ternakan poltri dilakukan dengan lebih teratur dan bersistematik mengikut kehendak Prosedur Standard Operasi (SOP) ladang ternakan poltri mengikut amalan penternakan yang baik.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kerja-kerja pengendalian pentadbiran ladang ternakan poltri dilakukan dengan lebih teratur dan bersistematik mengikut kehendak Prosedur Standard Operasi (SOP) ladang ternakan poltri mengikut amalan penternakan yang baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan jadual kerja harian pekerja ladang poltri.
2. Kawal stok inventori ladang poltri.
3. Pantau kebersihan ladang poltri.
4. Kawalselia operasi biosekuriti ladang poltri.
5. Kawal kebajikan pekerja ladang poltri
6. Pantau disiplin pekerja ladang poltri.
Pra-SyaratTIADA