JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C09
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGURUSAN SISA LADANG POLTRI
Penerangan CULaksana pengurusan sisa ladang poltri menerangkan aktiviti pengurusan sisa buangan tinja, bangkai poltri, sarap, bangkai makhluk perosak, sisa klinikal dan sisa bahan kimia. Sekiranya sisa ladang tidak diuruskan dengan baik, akan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan lalat dan menyebabkan poltri mengalami tekanan dan memberi kesan terhadap kesihatan serta tumbesaran poltri.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan aktiviti pengurusan sisa pepejal ladang poltri dan tempay penetasan, lakukan aktiviti pengurusan sisa cecair ladang poltri dan tempat penetasan, dan lakukan proses pembuatan baja tinja poltri.

Hasilan CU ini adalah sisa ladang poltri dilaksanakan bagi menjamin keselamatan ladang ternakan poltri. Akhirnya organisasi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah sisa ladang poltri dilaksanakan bagi menjamin keselamatan ladang ternakan poltri. Akhirnya organisasi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan aktiviti pengurusan sisa pepejal ladang poltri dan tempat penetasan.
2. Lakukan aktiviti pengurusan sisa cecair ladang poltri dan tempat penetasan.
3. Lakukan proses pembuatan baja tinja poltri.
Pra-SyaratTIADA