JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C08
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA SISTEM BIOSEKURITI LADANG POLTRI
Penerangan CULaksana sistem biosekuriti ladang poltri menerangkan proses pencegahan, pengawalan dan pembasmian jangkitan penyakit dan perosak yang menyebabkan kematian poltri. Antara infrastruktur yang penting dalam pengawalan biosekuriti di ladang ternakan poltri ialah kondisi pagar ladang yang merangkumi pagar keliling dan pintu masuk. Langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan terhadap faktor yang boleh membawa wabak penyakit/kuman termasuk makanan, air, induk, kenderaan, peralatan dan personel yang keluar masuk ladang. Aspek kebersihan, tatacara dan kaedah disinfeksi yang betul dititikberatkan dalam operasi perladangan, serta kawalan pergerakan keluar masuk ladang mengikut amalan penternakan yang baik dengan mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan daripada pihak pengurusan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan nyahkuman personel dan kenderaan, lakukan kawalan makhluk perosak ladang poltri, selenggara parit dan pagar ladang.

Hasilan CU ini adalah pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan bagi menjamin keselamatan ladang ternakan poltri. Akhirnya organisasi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranLaksana sistem biosekuriti ladang poltri.
Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan bagi menjamin keselamatan ladang ternakan poltri. Akhirnya organisasi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan nyahkuman personel dan kenderaan.
2. Lakukan kawalan makhluk perosak ladang poltri.
3. Selenggara parit dan pagar ladang.
Pra-SyaratTIADA