JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C07
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA OPERASI PUSAT PENETASAN POLTRI
Penerangan CULaksana operasi pusat penetasan poltri menerangkan proses penetasan telur poltri dengan menjaga keperluan tempat penetasan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu seperti jadual penetasan. Tempat penetasan disediakan terlebih dahulu pemindahan telur yang terpilih mengikut spesifikasi proses penetasan poltri.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan penerimaan telur tetasan, lakukan fumigasi telur tetasan, lakukan pemilihan telur tetasan, lakukan penyimpanan telur tetasan, set telur tetasan ke dalam mesin eraman, lakukan pendianan (candling) dan pemindahan telur tetasan, lakukan proses penetasan (hatching), lakukan pemilihan anak poltri (Day Old Chick), lakukan aktiviti vaksinasi anak poltri sehari (DOC), lakukan proses penyediaan untuk penghantaran anak poltri dan bersihkan peralatan dan ruang penetasan.

Hasilan CU ini adalah melaksanakan proses penetasan yang menepati jadual, mengurangkan kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan408
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah melaksanakan proses penetasan yang menepati jadual, mengurangkan kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti dan kuantiti yang disasarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan penerimaan telur tetasan.
2. Lakukan fumigasi telur tetasan.
3. Lakukan pemilihan telur tetasan.
4. Lakukan penyimpanan telur tetasan.
5. Set telur tetasan ke dalam mesin eraman.
6. Lakukan pendianan (candling) dan pemindahan telur tetasan.
7. Lakukan proses penetasan (hatching).
8. Lakukan pemilihan anak poltri (Day Old Chick).
9. Lakukan aktiviti vaksinasi anak poltri sehari (DOC).
10. Lakukan proses penyediaan untuk penghantaran anak poltri.
11. Bersihkan peralatan dan ruang tempat penetasan.
Pra-SyaratTIADA