JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMELIHARAAN POLTRI PRODUKSI/BAKA
Penerangan CULaksana pemeliharaan poltri produksi menerangkan aktiviti pembesaran poltri untuk produksi sehingga mencapai berat badan yang dikehendaki dan mengikut piawaian dengan merujuk kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan program pemberian makanan dan minuman poltri, kendali sistem pencahayaan reban poltri produksi, kendali sistem ventilasi reban poltri produksi, lakukan aktiviti penggantian pejantan poltri produksi/ baka dan lakukan pemantauan berat badan poltri.

Hasilan CU ini adalah poltri produksi berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah poltri produksi berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti serta kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan program pemberian makanan dan minuman poltri.
2. Kendali sistem pencahayaan reban poltri produksi.
3. Kendali sistem ventilasi reban poltri produksi.
4. Lakukan aktiviti penggantian pejantan poltri produksi/ baka.
5. Lakukan pemantauan berat badan poltri.
Pra-SyaratTIADA