JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-006-3:2022]
Kod CUA032-006-3:2022-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYELARASAN OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR
Penerangan CULaksana penyelarasan operasi akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam memastikan pelaksanaan aktiviti operasi ladang akuakultur air tawar memenuhi keperluan rancangan operasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh selia penyediaan tempat akuakultur air tawar, selia pelepasan benih ternakan air tawar, selia pemakanan ternakan air tawar, selia proses tuaian hasil ternakan air tawar dan selia pengoperasian sistem Internet Of Things (IoT) akuakultur air tawar.

Hasilan CU ini adalah kerja-kerja operasi akuakultur air tawar diselia dan isu-isu ketidakpatuhan ditangani bagi memastikan sasaran produktiviti dicapai mengikut rancangan operasi.

Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kerja-kerja operasi akuakultur air tawar diselia dan isu-isu ketidakpatuhan ditangani bagi memastikan sasaran produktiviti dicapai mengikut rancangan operasi.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Selia penyediaan tempat akuakultur air tawar.
2. Selia pelepasan benih ternakan air tawar.
3. Selia pemakanan ternakan air tawar.
4. Selia proses tuaian hasil ternakan air tawar.
5. Selia Pengoperasian Sistem Internet of Things (IoT) Akuakultur Air Tawar.
Pra-SyaratNot available.