JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-3:2022]
Kod CUA011-002-3:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA OPERASI PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL PADI
Penerangan CULaksana operasi peningkatan pengeluaran hasil padi menerangkan keterampilan di dalam menyelaras aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran hasil padi melalui kaedah konvensional dan juga dengan mengaplikasi teknologi terkini dalam bidang pertanian.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kumpul maklumat pengeluaran padi, selia penggunaan operasi dron pengeluaran padi, selia pengoperasian sistem Internet of Things (IoT) operasi pengeluaran padi, selia penggunaan sistem pengurusan maklumat elektronik operasi pengeluaran padi, lakukan pemeriksaan tahap kesuburan tanah sawah dan selia aktiviti baik pulih kesuburan tanah sawah.

Hasilan CU ini adalah tahap produktiviti syarikat dan juga pengeluaran hasil padi meningkat kesan daripada hasil pelaksanaan aktiviti peningkatan pengeluaran padi yang dirancang dan Amalan Pertanian Baik.

Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah platih dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan pengeluaran hasil padi untuk meningkatkan tahap produktiviti dan meningkatkan pengeluaran hasil padi meningkat kesan daripada hasil sawah padi berdasarkan perancangan dan Amalan Pertanian Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kumpul maklumat pengeluaran padi.
2. Selia penggunaan operasi dron pengeluaran padi .
3. Selia pengoperasian sistem Internet of Things (IOT) operasi pengeluaran padi.
4. Selia penggunaan sistem pengurusan maklumat elektronik operasi pengeluaran padi.
5. Lakukan pemeriksaan tahap kesuburan tanah sawah.
6. Selia aktiviti baik pulih kesuburan tanah sawah.
Pra-SyaratNot available.