JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-3:2022]
Kod CUA011-002-3:2022-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYELIAAN TENAGA MANUSIA OPERASI PENGELUARAN PADI
Penerangan CULaksana penyeliaan tenaga manusia operasi pengeluaran padi menerangkan kompetensi di dalam menyelia pekerja-pekerja sawah termasuk mengurus aktiviti peningkatan kemahiran, penilaian prestasi dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pekerja.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan program kerja pengeluaran padi, lakukan latihan perkerja pengeluaran padi, lakukan penilaian prestasi pekerja pengeluaran padi, kendali isu pekerja pengeluaran padi dan laksana taklimat kerja operasi pengeluaran padi.

Hasilan CU ini adalah operasi aktiviti pengeluaran padi dapat dijalankan dengan efisien dan penggunaan tenaga manusia digunakan pada tahap optimum perancangan syarikat dan mengikut Amalan Pertanian Baik.

Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHASIL PEMBELAJARAN Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat menyelia tenaga manusia di ladang agar operasi aktiviti pengeluaran padi dapat dijalankan dengan efisien dan penggunaan tenaga manusia digunakan pada tahap optimum berdasarkan perancangan dan mengikut Amalan Pertanian Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan program kerja operasi pengeluaran padi.
2. Lakukan latihan pekerja operasi pengeluaran padi.
3. Lakukan penilaian prestasi pekerja operasi pengeluaran padi.
4. Kendali isu pekerja.
5. Lakukan taklimat kerja operasi pengeluaran padi.
Pra-SyaratNot available.