JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-3:2022]
Kod CUA011-002-3:2022-C01
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGURUSAN SUMBER SAWAH
Penerangan CULaksana pengurusan sumber sawah menerangkan keterampilan di dalam menguruskan pelbagai sumber sawah seperti stok bekalan input, sumber tenaga manusia dan mekanisasi sawah.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali stok bekalan input dan peralatan sawah, kendali pengagihan bekalan input sawah, kendali rekod inventori sumber sawah, kenal pasti keperluan sumber tenaga kerja sawah, kenal pasti keperluan mekanisasi sawah dan sediakan dokumentasi perolehan sumber sawah.

Hasilan cu ini adalah sumber sawah diuruskan dengan baik dan semua rekod pengurusan sumber lengkap berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard syarikat dan amalan pertanian baik.

Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pelatih terampil di dalam menguruskan sumber sawah dengan baik dan semua rekod pengurusan sumber lengkap berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard syarikat dan amalan pertanian baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kendali stok bekalan input dan peralatan sawah.
2. Kendali pengagihan bekalan input sawah.
3. Kendali rekod inventori sumber sawah.
4. Kenal pasti keperluan sumber tenaga kerja sawah.
5. Kenal pasti keperluan mekanisasi sawah.
6. Sediakan dokumentasi perolehan sumber sawah.
Pra-SyaratNot available.