JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-2:2022]
Kod CUA011-002-2:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA OPERASI PENANAMAN PADI
Penerangan CULaksana operasi penanaman padi menerangkan keterampilan di dalam menjalankan penanaman anak semaian padi melalui beberapa kaedah termasuk kaedah tabur terus, secara mencedung dan juga cara-cara penanaman padi huma.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan petak penanaman sawah, lakukan penanaman padi tabur secara terus, lakukan penanaman padi secara mencedung, lakukan penanaman padi secara menugal (padi huma) dan lakukan penyulaman anak padi.

Hasilan CU ini adalah padi ditanam dengan sekata berdasarkan kepada prosedur penanaman yang ditetapkan dan berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan serta keperluan Amalan Pertanian Baik.

Tempoh Latihan208
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pelatih terampil di dalam aktiviti penanaman anak semaian padi melalui beberapa kaedah termasuk kaedah tabur terus, secara mencedung dan juga cara-cara penanaman padi huma berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan serta keperluan Amalan Pertanian Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan petak penanaman padi.
2. Lakukan penanaman padi secara tabur terus.
3. Lakukan penanaman padi secara mencedung.
4. Lakukan penanaman padi secara menugal (padi huma).
5. Lakukan penyulaman anak padi.
Pra-SyaratNot available.