JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-2:2022]
Kod CUA011-002-2:2022-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYEDIAAN SAWAH PADI
Penerangan CULaksana penyediaan sawah padi menerangkan keterampilan di dalam menjalankan aktiviti pemprosesan jerami padi dan kerja-kerja penyediaan tanah sawah sebelum proses penanaman dijalankan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pemprosesan jerami padi, lakukan kerja meratakan tanah sawah basah, lakukan kerja meratakan sawah kering, lakukan kerja merawat tanah sawah, lakukan kerja membuat batas sawah dan lakukan kerja membajak tanah sawah.

Hasilan CU ini adalah tanah sawah sedia ditanam berdasarkan kepada spesifikasi dan keperluan seperti di dalam arahan kerja yang diberikan dan berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan serta keperluan Amalan Pertanian Baik.
Tempoh Latihan156
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pelatih terampil di dalam menjalankan aktiviti pemprosesan jerami padi dan kerja-kerja penyediaan tanah sawah sebelum proses penanaman dijalankan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pemprosesan jerami padi.
2. Lakukan kerja meratakan sawah basah.
3. Lakukan kerja meratakan sawah kering.
4. Lakukan kerja merawat tanah sawah.
5. Lakukan kerja membuat batas sawah.
6. Lakukan kerja membajak sawah.
Pra-SyaratNot available.