JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-2:2022]
Kod CUA011-002-2:2022-C01
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SAWAH PADI
Penerangan CULaksana penyelenggaraan infrastruktur sawah padi menerangkan keterampilan di dalam melaksanakan aktiviti penyelengaraan infrastruktur sawah padi yang perlu dijalankan bagi memastikan operasi pengeluaran padi dapat dilaksanakan dengan cekap.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh selenggara sistem pengairan dan saliran sawah padi, selenggara jalan pertanian sawah padi dan selenggara sistem pam air sawah padi.

Hasilan CU ini adalah infrastruktur sawah padi berfungsi dengan baik berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan dan keperluan Amalan Pertanian Baik.

Tempoh Latihan104
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pelatih terampil di dalam menyediakan infrastruktur sawah padi yang berfungsi dengan baik berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan dan keperluan Amalan Pertanian Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Selenggara sistem pengairan dan saliran sawah padi.
2. Selenggara jalan pertanian sawah padi.
3. Selenggara sistem pam air sawah padi.
Pra-SyaratNot available.