JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMBESARAN ANAK POLTRI
Penerangan CULaksana pembesaran anak poltri menerangkan kemahiran untuk memastikan proses pembesaran anak poltri mengikut piawaian, pemantauan kesihatan dan pengekalan keseragaman dari segi kematangan dan kesuburan gerompok secara sistematik dalam penternakan poltri dengan merujuk kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan program pemberian makanan dan minuman pembesaran anak poltri, kendali sistem pencahayaan reban pembesaran anak poltri, kendali sistem ventilasi reban pembesaran anak poltri, lakukan pemantauan berat badan poltri, lakukan pemindahan poltri dan lakukan penggredan poltri.

Hasilan CU ini adalah anak poltri berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah anak poltri berada dalam proses pembesaran yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan program pemberian makanan dan minuman pembesaran anak poltri.
2. Kendali sistem pencahayaan reban pembesaran anak poltri.
3. Kendali sistem ventilasi reban pembesaran anak poltri.
4. Lakukan pemantauan berat badan poltri.
5. Lakukan pemindahan poltri.
6. Lakukan penggredan poltri.
Pra-SyaratTIADA