JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022]
Kod CUA014-006-3:2022-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PERINDUKAN ANAK POLTRI
Penerangan CULaksana perindukan anak poltri menerangkan proses kemasukkan anak poltri dalam kawasan perindukan diselenggara dan dipantau dengan kaedah dan cara yang betul mengikut kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan. Perindukan adalah kawasan khas sementara yang disediakan untuk anak poltri yang baru menetas mengikut persekitaran sebenar yang sesuai bagi pembesaran anak poltri.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan persediaan alat perindukan anak poltri, terima
kemasukan anak poltri (Day Old Chick), lakukan pemantauan perindukan, lakukan pemotongan paruh anak poltri
dan lakukan aktiviti pasca perindukan.

Hasilan CU ini adalah anak poltri dipastikan berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, mengurangkan risiko kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan432
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah anak poltri dipastikan berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, mengurangkan risiko kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti dan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan persediaan alat perindukan anak poltri.
2. Terima kemasukan anak poltri (Day Old Chick).
3. Lakukan pemantauan perindukan.
4. Lakukan pemotongan paruh anak poltri.
5. Lakukan aktiviti pasca perindukan.
Pra-SyaratTIADA