JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PERIKANAN TANGKAPAN [A031-002-3:2022]
Kod CUA031-002-3:2022-C08
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pengendalian pelayaran vesel
Penerangan CULaksana pengendalian pelayaran vesel adalah satu set kompetensi bagi pengemudiaan vesel termasuk teknik pengendalian peralatan untuk aktiviti penangkapan ikan dengan betul serta selamat serta mematuhi aturan kelautan yang berkaitan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh aturkan keperluan pengendalian pelayaran vesel, kendali pelayaran vesel, kemudi vesel keluar dan masuk pangkalan, kendali vesel berlabuh, kendali sauh vesel dan sediakan jadual pengawasan berlabuh.
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasilan CU ini adalah perantis berkemahiran mengaturkan keperluan pelayaran dan mengemudi vesel serta peralatan yang berkaitan mengikut prosedur dan peraturan pihak berkuasa yang berkenaan agar menjamin pelayaran yang selamat dari masa pergi dan balik dari aktiviti penangkapan ikan di laut.
Pra-SyaratTidak berkaitan