JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [S949-001-3:2021]
Kod CUS949-001-3:2021-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN DAKWAH (MUSLIM)
Penerangan CUPelaksanaan Dakwah (Muslim) menerangkan aktiviti dakwah kepada orang muslim yang mempunyai masalah kecelaruan akidah, tidak mengamalkan ajaran yang telah ditetapkan dan telah mengamalkan ajaran meragukan berdasarkan tatacara dakwah yang ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan dakwah, laksana penyediaan logistik dakwah, laksana program dakwah secara bersemuka, laksana program dakwah secara media sosial, laksana bimbingan dan khidmat sokongan dan sedia laporan program dakwah.

Hasilan CU ini adalah pendakwah dapat menyampaikan maklumat kepada mad’u dengan tepat dan mengaplikasikan kaedah dakwah yang bersesuaian berdasarkan maklumat mad’u.
Tempoh Latihan368
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menyampaikan maklumat kepada mad’u dengan tepat dan mengaplikasikan kaedah dakwah yang bersesuaian berdasarkan maklumat mad’u.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan dakwah.
2. Laksana penyediaan logistik dakwah.
3. Laksana program dakwah secara bersemuka.
4. Laksana program dakwah secara media sosial.
5. Laksana bimbingan dan khidmat sokongan.
6. Sedia laporan program dakwah.
Pra-SyaratTidak Berkaitan