JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN MARIN [A032-004-3:2019]
Kod CUA032-004-3:2019-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN HATCERI MARIN
Penerangan CUPembangunan Keusahawanan Hatceri Marin adalah kompetensi penubuhan syarikat bermula daripada membuat perancangan perniagaan, pengurusan operasi perniagaan dan pengurusan kewangan syarikat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh menyediakan rancangan perniagaan, membuat pendaftaran syarikat, mengurus operasi perniagaan dan kewangan dan membuat laporan status kewangan.

Hasilan CU ini adalah menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan menjadi seorang usahawan hatceri yang boleh menyediakan rancangan perniagaan dan menguruskan operasi perniagaan dan kewangan mengikut prosedur pengurusan syarikat.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah menghasilkan personel yang berkemahiran dan berpengetahuan menjadi seorang usahawan hatceri yang boleh menyediakan rancangan perniagaan dan menguruskan operasi perniagaan dan kewangan mengikut prosedur pengurusan syarikat.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sedia rancangan perniagaan.
2. Buat pendaftaran syarikat.
3. Urus operasi perniagaan dan kewangan.
4. Buat laporan status kewangan.
Pra-SyaratTiada