JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Kerja Belia [S941-001-5:2020]
Kod CUS941-001-5:2020-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPengantarabangsaan Kerja Belia
Penerangan CUPengantarabangsaan Kerja Belia menerangkan tentang bagaimana untuk belia terlibat secara aktif sebagai pemimpin dan peserta aktif serta mempromosikan diri sebagai duta negara yang menjalankan kerja-kerja belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti isu-isu global, tentukan program dan platform serantau dan antarabangsa, sediakan kertas kerja isu semasa diperingkat antarabangsa dan tentukan kemudahan fasiliti bagi program antarabangsa.

Hasilan CU ini adalah pekerja belia dan belia Malaysia diletakkan setara dengan belia di peringkat antarabangsa dan melahirkan belia yang sentiasa cakna dengan isu dan perkembangan pembangunan belia di peringkat global serta mampu menyuarakan pendapat yang mewakili pendirian belia Malaysia.

Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh meletakkan pekerja belia dan belia Malaysia setara dengan belia di peringkat antarabangsa dan melahirkan belia yang sentiasa cakna dengan isu dan perkembangan pembangunan belia di peringkat global serta mampu menyuarakan pendapat yang mewakili pendirian belia Malaysia

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti isu-isu global.
2. Tentukan program dan platform serantau dan antarabangsa
3. Sediakan kertas kerja isu semasa diperingkat antarabangsa.
4. Tentukan kemudahan fasiliti bagi program antarabangsa.
Pra-Syarat0