JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Kerja Belia [S941-001-5:2020]
Kod CUS941-001-5:2020-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPengurusan Risiko Program Belia
Penerangan CUPengurusan Risiko Program Belia menerangkan kompetensi yang diperlukan dalam menentukan kejayaan sesebuah program dan organisasi. Kompetensi ini membolehkan risiko dalam pelaksanaan program dikenal pasti dan pelan tindakan dalam menangani risiko dapat dihasilkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia rangka kerja pengurusan risiko, kategorikan risiko, rancang kaedah penyelesaian risiko, pantau keberkesanan penurusan risiko dan sedia laporan aktiviti pengurusan risiko.

Hasilan CU ini adalah setiap risiko dalam pelaksanaan program dikenal pasti dan pelan tindakan dalam menangani risiko dapat dihasilkan.
Tempoh Latihan260
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mengenalpasti risiko dalam pelaksanaan program dan menghasilkan pelan tindakan dalam menangani setiap risiko yang berlaku.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sedia rangka kerja pengurusan risiko.
2. Kategorikan risiko.
3. Rancang kaedah penyelesaian risiko.
4. Pantau keberkesanan pengurusan risiko.
5. Sedia laporan aktiviti pengurusan risiko.
Pra-Syarat0