JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Kerja Belia [S941-001-5:2020]
Kod CUS941-001-5:2020-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPerancangan Hala Tuju Kerja Belia
Penerangan CUPerancangan Hala Tuju Kerja Belia menerangkan tentang oganisasi kerja belia, pekerja belia dan program yang dilaksanakan terarah dan mencapai matlamat dalam pembangunan belia yang sejajar dengan Dasar Belia Malaysia.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh analisis situasi organisasi, rangka pelaksanaan aktiviti organisasi (operasi & program), sahkan hala tuju tahunan organisasi dan dokumenkan aktiviti tahunan organisasi.

Hasilan CU ini adalah hala tuju kerja belia dianalisis dan dirancang melalui pendekatan conceptualisation bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memahami dan berkemahiran dalam menganalisa dan merancang hala tuju kerja belia melalui pendekatan conceptualisation bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Analisis situasi organisasi.
2. Rangka pelaksanaan aktiviti organisasi (operasi & program).
3. Sahkan hala tuju tahunan organisasi.
4. Dokumenkan aktiviti tahunan organisasi.
Pra-Syarat0