JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelarasan Kerja Belia [S941-001-4:2020]
Kod CUS941-001-4:2020-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPenulisan Profesional
Penerangan CUPenulisan Profesional menerangkan tentang komunikasi yang dihasilkan dalam persekitaran kerja. Terdapat lima (5) jenis penulisan professional: (a) akademik, (b) perniagaan, (c) kreatif, (d) teknikal, dan (e) penulisan kandungan. Tujuan penulisan adalah untuk menyampaikan maklumat dan fakta, menggalak tindakan, memberi arahan serta menjelaskan idea. Penulisan profesional menguna laras bahasa Melayu (atau bahasa lain) baku yang berkualiti, gaya, mudah difahami, dan menarik. Penulisan adalah berdasarkan sumber rasmi dan sahih.


Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentukan jenis dan format penulisan, tetapkan bidang / tajuk penulisan, cerna idea penulisan, kumpul data dan maklumat, tulis deraf penulisan profesional, sunting deraf penulisan dan dokumenkan hasil penulisan.


Hasilan CU ini adalah tatacara dan format penulisan difahami dan dilaksanakan mengikut jenis-jenis penulisan professional.

Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh fahami tatacara dan format penulisan dan melaksanakannya mengikut jenis-jenis penulisan professional.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentukan jenis dan format penulisan.
2. Tetapkan skop penulisan.
3. Cerna idea penulisan.
4. Kumpul data dan maklumat.
5. Sediakan draf penulisan profesional.
6. Sunting draf penulisan.
7. Dokumenkan hasil penulisan.
Pra-Syarat0