JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelarasan Kerja Belia [S941-001-4:2020]
Kod CUS941-001-4:2020-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPengendalian Khidmat Kejurulatihan
Penerangan CUPengendalian Khidmat Kejurulatihan menerangkan tentang satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi belia berdasarkan kepada modul kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan, sukan, rekreasi dan kecergasan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti bentuk latihan kejurulatihan, rangka pelan latihan kejurulatihan, laksana latihan kejurulatihan, sedia laporan pelaksanaan latihan kejurulatihan dan nilai pelaksanaan khidmat kejurulatihan.


Hasilan CU ini adalah khidmat kejurulatihan yang meliputi kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan, sukan, rekreasi dan kecergasan kepada belia dapat disampaikan mengikut kepada standard Kementerian Belia dan Sukan.
Tempoh Latihan280
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menjalankan khidmat kejurulatihan yang meliputi kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan, sukan, rekreasi dan kecergasan kepada belia dapat disampaikan mengikut kepada standard Kementerian Belia dan Sukan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti bentuk latihan kejurulatihan.
2. Rangka pelan latihan.
3. Laksana latihan kejurulatihan.
4. Sedia laporan pencapaian peserta latihan
5. Nilai pelaksanaan latihan khidmat kejurulatihan.
Pra-Syarat0