JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelarasan Kerja Belia [S941-001-4:2020]
Kod CUS941-001-4:2020-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPengendalian Program Pembangunan Belia
Penerangan CUPengendalian Program Pembangunan Belia menerangkan tentang segala bentuk program pembangunan belia yang dikendalikan perlu selaras dengan perancangan agar matlamat pelaksanaan program dapat dicapai seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan belia.


Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti maklumat program pembangunan belia, selaras pengendalian program pembangunan belia, sedia perancangan risiko program pembangunan belia dan selia pelaksanaan program pembangunan belia.


Hasilan CU ini adalah segala program pembangunan belia dijalankan mengikut kepada matlamat yang telah ditetapkan dan memberi impak kepada masyarakat secara umumnya dan belia secara khususnya.
Tempoh Latihan280
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menjalankan segala program pembangunan belia mengikut kepada matlamat yang telah ditetapkan dan memberi impak kepada masyarakat secara umumnya dan belia secara khususnya.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti maklumat program pembangunan belia.
2. Selaras pengendalian program pembangunan belia.
3. Sedia perancangan risiko program pembangunan belia.
4. Selia pelaksanaan program pembangunan belia.
Pra-Syarat0