JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelarasan Kerja Belia [S941-001-4:2020]
Kod CUS941-001-4:2020-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPerancangan Program Pembangunan Belia
Penerangan CUPerancangan Program Pembangunan Belia menerangkan tentang perancangan sesebuah program yang terbahagi kepada dua (2) jenis perancangan iaitu yang berbentuk jangka panjang dan jangka pendek. Kompetensi ini bertujuan untuk memastikan program dan projek pembangunan belia yang dilaksanakan memberi manfaat dan impak kepada masyarakat seterusnya menyumbang kepada pembangunan belia negara.


Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan program belia, rancang keperluan program belia dan selaras sumber dana pelaksanaan program pembangunan belia.


Hasilan CU ini adalah program dijalankan secara efisen mengikut kepada perancangan yang telah ditetapkan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara umum dan belia secara khususnya.
Tempoh Latihan170
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menjalankan program secara efisen mengikut kepada perancangan yang telah ditetapkan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara umum dan belia secara khususnya.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan program belia.
2. Rancang keperluan program belia.
3. Selaras sumber dana pelaksanaan program pembangunan belia.
Pra-Syarat0