JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020]
Kod CUS941-001-3:2020-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN HUBUNGAN ANTARA BELIA DAN RAKAN STRATEGIK
Penerangan CUPelaksanaan Hubungan antara Belia dan Rakan Strategik menerangkan kemahiran membina jaringan strategik yang membolehkan seorang individu pekerja belia berperanan sebagai penghubung antara belia dan rakan strategik pembangunan belia. Kemahiran ini diaplikasikan secara langsung dan tidak langsung dengan belia dan rakan strategik bagi tujuan pengenalpastian keperluan mengikut kumpulan sasaran, kaedah penyelesaian masalah, sumber sokongan serta bantuan untuk pelaksanaan aktiviti dan program.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah berupaya bina hubungan strategik dengan belia, bina hubungan strategik dengan rakan strategik, laksana khidmat perantara, pengumpulan data dan kenal pasti peluang projek.

Hasilan CU ini adalah meningkatkan jaringan hubungan pekerja belia dengan pemegang taruh pembangunan belia dan belia umumnya.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah meningkatkan jaringan hubungan pekerja belia dengan pemegang taruh pembangunan belia dan belia umumnya.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Bina hubungan strategik dengan belia.
2. Bina hubungan strategik dengan rakan strategik.
3. Laksana khidmat perantara.
4. Kenal pasti peluang projek.
Pra-SyaratTiada