JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020]
Kod CUS941-001-3:2020-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN PEMASARAN
Penerangan CUPelaksanaan Pemasaran menerangkan kaedah dan strategi yang perlu diambil untuk mempromosikan sesuatu produk/ program atau jenama untuk pengetahuan umum. Kepentingan unit kompetensi ini adalah untuk memastikan maklumat produk/ program/ jenama diketahui umum dan dapat dipasarkan. Individu yang terlibat dalam mengurus pelaksanaan program mempunyai kebolehan dalam melaksanakan strategi pemasaran.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah dapat kenal pasti perincian program, kenal pasti kaedah pemasaran, laksana aktiviti pemasaran, analisis maklum balas keberkesanan pemasaran, sediakan laporan aktiviti pemasaran.

Hasilan CU ini adalah program, aktiviti atau produk pembangunan belia dapat dihebahkan melalui pelbagai saluran.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini membolehkan produk/ program/ jenama dikenali umum dan memberi manfaat kepada pengguna dan masyarakat.

Di akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan untuk:
1. Kenal pasti perincian program
2. Kenal pasti kaedah pemasaran.
3. Laksana aktiviti pemasaran..
4. Analisis maklum balas keberkesanan pemasaran.
5. Sediakan laporan aktiviti pemasaran.
Pra-SyaratTiada